Kedai sandaran untuk penjual online
Jangan letak semua telur dalam satu bakul TikTok.
Buka kedai online sendiri untuk pembeli yang anda dah ada. Percuma untuk dibuka, tiada yuran bulanan, siap dalam lebih kurang sejam. Anda bayar 5% hanya bila jual, maksimum RM99 sebulan, tambah caj bayaran.
- sebulan
- RM0
- hanya bila jual
- 5%
- had yuran platform sebulan
- RM99
Bakul 1
TikTok Shop
Pembeli baharu dari For You, carian dan LIVE.
Yuran dan peraturan: ditentukan TikTok
Bakul 2
Kedai JomJual anda
Pelanggan dari WhatsApp, Instagram, Facebook dan pelanggan tetap.
Harga, data pelanggan dan link: milik anda
Dua bakul, dua kumpulan pembeli. Pembeli TikTok kekal di TikTok.
Kenapa perlu sandaran
TikTok bagus untuk cari pembeli baru. Tapi peraturannya ditentukan oleh TikTok.
- 01
Yuran berubah berkali-kali tahun ini
15 Feb: Bayaran Sokongan Platform RM0.54 setiap pesanan. 7 Okt: caj BXP hari kempen naik ke 7.02%. 31 Okt: komisen naik untuk kebanyakan kategori.
- 02
Kedai boleh disekat
Mata pelanggaran dan Account Health Rating boleh membawa kepada sekatan atau penyahaktifan kedai. Bila itu berlaku, saluran jualan itu terhenti.
- 03
Jangkauan ikut algoritma
Hari ini video anda naik, esok mungkin tidak. Pelanggan tetap yang order melalui WhatsApp atau Instagram patut ada tempat order yang anda kawal sendiri.
Tarikh perubahan yuran daripada TikTok Seller University MY.
Apa anda dapat
Semua yang kedai perlukan. RM0 sebulan.
Kedai berjenama sendiri
namakedai.jomjual.my dengan produk tanpa had dan page builder.
Bayaran terus di kedai
FPX, kad, e-wallet (Touch 'n Go, GrabPay, Boost) dan COD.
Pautan pembayaran untuk chat
Pilih produk, cipta satu link pembayaran dan hantar dalam WhatsApp dengan pelanggan anda.
Penghantaran
Tempah EasyParcel dari dashboard, atau urus penghantaran sendiri.
Senarai pelanggan anda
Setiap pesanan, nama dan sejarah pembelian kekal milik anda.
Baucar & diskaun
Buat baucar untuk pelanggan tetap dan musim jualan.
Berapa kosnya
RM0
RM0 sebulan untuk buka dan simpan kedai. Bila ada jualan: yuran platform 5% (maksimum RM99 sebulan) dan caj bayaran 2.5% (min RM1.50), atau RM2 untuk COD. Tak jual, tak bayar. Grow ialah tambahan pilihan, RM49 setiap 30 hari.
Siap dalam lebih kurang sejam
Empat langkah.
- 1
Daftar dengan emel
Tiada kad kredit. Pilih nama dan alamat kedai anda.
- 2
Tambah produk
Gambar, harga, variasi dan stok. Mula dengan 5–10 produk paling laris; ini bahagian yang paling lama.
- 3
Hidupkan bayaran & penghantaran
Pilih kaedah bayaran dan cara penghantaran: EasyParcel atau urus sendiri.
- 4
Kongsi di saluran anda sendiri
Status dan grup WhatsApp, Instagram, Facebook. Bukan di TikTok Shop.
Untuk penjual TikTok Shop
Jangan alih pembeli TikTok keluar platform.
Dasar Penguatkuasaan Penjual TikTok Shop (1 Okt 2026) dan peraturan Pengubahan Hala Trafik (14 Okt 2026) melarangnya, dengan penalti sehingga kedai disekat atau dinyahaktif secara kekal.
Baca dasar penuh di TikTok Seller University MYJangan
- Link kedai, nombor WhatsApp atau akaun lain dalam bio TikTok
- Sebut atau pin link dalam LIVE dan video
- Kad, kod QR atau sticker dalam bungkusan TikTok
- Link atau nombor telefon dalam chat dengan pembeli TikTok
Boleh
Guna kedai JomJual untuk pembeli yang datang melalui saluran milik anda sendiri: kenalan dan grup WhatsApp, Instagram, Facebook, dan pelanggan tetap.
Jujur tentang kedai sandaran
- Kedai tak bawa pembeli sendiri. Anda yang kongsi link kepada pelanggan anda.
- Tiada mod tersembunyi atau 'simpan dulu'. Kedai boleh dilihat umum, dan boleh dijumpai di Google, sebaik dicipta. Isi produk dan maklumat yang betul dahulu.
- Bukan percuma 100%: bila ada jualan, kami potong 5% (maksimum RM99 sebulan) dan caj bayaran.
Soalan lazim
Bakul kedua anda
Sediakan sandaran.
Hari ini.
Percuma untuk dibuka. Siap dalam lebih kurang sejam. Bayar 5% hanya bila jual.
Tiada kad kredit diperlukan.